Bagaimana Suisse International jatuh?

Akaun utama Suisse International di DBS telah dibekukan pada akhir September 2014/ awal oktober 2014 dan siasatan sedang dilakukan oleh CAD & MAS Singapura keatas syarikat ini kerana menerima deposit haram dan mengelolakan pelaburan haram (mirip ponzi scheme), kesan daripada pembekuan akaun ini menyebabkan beberapa syarikat pelaburan emas tempatan tidak menerima cash dari Suisse International dan turut terheret sekali dalam masalah ini.

Berapakah kerugian kepada Syarikat Pelaburan Emas dalam negara?
Tidak dapat dijangka, kerana dikhabarkan berkilo-kilo malah bertan emas telah dibawa merentasi tambak johor oleh syarikat-syarikat pelaburan emas tempatan menggunakan operasi yang hampir sama (program atas program)
Contohnya: Syarikat A mengumpul 3 tan emas dari beribu pelabur, kemudiannya melaburkannya kedalam skim ini, jika Suisse International memberikan bulanan RM2800 sebulan, syarikat pelaburan tempatan akan memberi RM2000/bulan kepada pelabur dan makan untung RM800/sebulan bagi setiap seorang pelabur. (lebih kurang).

Adakah semua syarikat pelaburan emas di Malaysia terlibat?
Tidak semua, cuma syarikat yang mempunyai masalah membayar amaun yang dijanjikan kepada pelabur mungkin terlibat, kerana tarikh, masa dan ceritanya hampir sama (tak perlu ambil phd pun boleh agak kot)”

Sumber :- Jom Emas 2

Artikel Selanjutnya anda boleh lihat di blog asal iaitu blog hargaemas

Check Also

NAK BERJAYA DENGAN EMAS?

Nak berjaya dengan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas. Sepanjang 4 tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *