Bai Assalam

Antara dalil paling mudah untuk menyokong pendapat ini adalah keharusan jualan secara as-Salam.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ فَقَالَ : مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ .

Ertinya : Nabi s.a.w sampai ke Madinah dan penduduk Madinah membeli (menempah) tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian as-Salam) hendaklah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui” (Riwayat Al-Bukhari, no 2086)

Jualan secara As-Salam harus secara nas dan ijma’, manakala para ulama menyatakan dari hikmah keharusannya adalah pembeli dapat mendapat manfaat dari harga yang lebih murah, manakal penjual pula menikmati bayaran segera. Disebutkan oleh Ibn Qudamah :-

وهذا دليل على أن للأجل في البيع نصيباً من الثمن. وأن هذا لا بأس به في البيوع

Erti : Inilah dalil bahawa tempoh waktu dalam jual beli mempunyai bahagian dalam harga, ia tidak mengapa kerana ia didasari oleh aqad jual beli.

Kesimpulannya, disebabkan tempoh masa yang perlu ditunggu oleh pihak penjual dan risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini dianggap sebagai halal dengan syarat ia telah dipersetujui di awal aqad dan tidak lagi berubah selepas itu. Kenaikan harga akibat tempoh ini dianggap halal oleh majoriti mazhab dan ulama. Inilah bentuk ‘time value of money’ yang diiktiraf sebagai halal oleh Islam kerana ia didasari oleh jual beli sebenar dan bukannya aqad qardh iaitu pinjaman atau hutang.

Sheikh Taqi Uthmani membidas mereka yang menyamakan perbezaan penentuan harga ini sama seperti riba dengan kata beliau :-

This arguement is again based on the minsconception that whenever price is increased taking the time of payment into consideration, the trasaction comes within the ambit of interest. This presumption is not correct. Any excess amount charged against late payment is riba only where the subject matter is money on both sides. But if a commodity is sold in exchange of money, the seller when fixing the price may take into consideration different factors, including the time of payment…time of payment may act as an ancillary factor to determine the price of a commodity.

Erti : pertikaian ini sekali lagi disebabkan oleh salah faham bahawa setiap kenaikan harga disebabkan oleh masa akan jatuh dalam kategori Riba. Keismpulan ini adalah silap. Setaip kenaikan yang disebabkan kelewatan bayaran hanya akan menjadi riba apabila kedua-dua belah pihak berurusan adalah wang, tetapi jika komoditi atau aset dijual berbalas wang, penjual mempunyai kebebasan untuk menentukan harganya dan dibenarkan juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk masa pembayaran…masa pembayaran boleh dijadikan faktor penentu bagi ketetapan harga komoditi”

Check Also

NAK BERJAYA DENGAN EMAS?

Nak berjaya dengan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas. Sepanjang 4 tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *