Jual Beli Barang Kemas Secara Bertangguh?

Jual beli secara bertangguh telah dibolehkan didalam Islam sebagai alternatif kepada pinjaman adalah akad secara sukarela maka pihak yang melakukannya tidak layak mendapat lebihan lantaran mengambil kira jangka waktu itu sebagai balasan tetapi dalam jual beli bertangguh ia dibolehkan kerana asas dilakukan akad tersevut adalah berniaga dan mendapat keuntungan. Memandangkan risiko yang mungkin ditanggung oleh peniaga maka Islam membolehkan penambahan harga padanya.

Dalam amalan transaksi barangan kemas juga berlaku sedemikian, terutama yang melibatkan perniagaan antarabangsa. Tempoh yang biasa dilakukan dalam trnsaksi barangan kemas lebih kurang diantara dua puluh hari hingga tiga bulan. Para peniaga menjual barangan tersebut secara bertangguh tetapi membelinya secara tunai maka mereka akan menimpa kerumitan dan boleh membekukan modal. Kemudiannya mereka juga memerlukan tempoh dalam mengimport barangan tersebut agar boleh ditunaikan secara hiwalah atau surat jaminan bank. Pada kebiasaannya mereka menggunakan perantaraan telefon dan faks untuk tujuan transaksi dengan pembekal mereka.

Sememangnya Islam mengharaman penagguhan dalam transaksi yang meragukan yang dilakukan secara jual beli tetapi bertujuan untuk mendapatkan pinjaman berasaskan riba. Apakah pengharaman ini juga terpakai kepada transaksi barangan emas daripada emas dan perak, seterusnya tidak dibolehkan tangguhan atau sebaliknya, maka transaksi itu dibolehkan?

Ulamak Islam khilaf dalam masalah ini. Sebab khilaf adalah berpunca terhadap hadith-hadith dalam masalah ini iaitu dari segi kedudukan sifat barangan kemas dari emas dan perak itu seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Sumber :-  Page 13 

Check Also

NAK BERJAYA DENGAN EMAS?

Nak berjaya dengan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas. Sepanjang 4 tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *