Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold

Sebelum saya mula serius sebagai usahawan Public Gold, saya adalah seorang peminat emas. Tak kiralah barang kemas ke? Jongkong emas ke? Ataupun dinar emas? Asalkan emas.  Tak pernah terfikir nak menjadi Dealer Public Gold. Tapi bila dah jadi Dealer Public Gold, memang sangat menguntungkan. Ini kerana anda boleh menjana keuntungan dalam semua urusniaga sama ada ketika harga emas sedang naik atau turun.

Banyak kelebihan menjadi dealer Public Gold kerana anda berpeluang menjadi peniaga emas jual beli emas fizikal serta mendapat komisen dan pelbagai insentif lain. Dealer Public Gold akan memperolehi keutamaan yang dikehendaki dalam kehidupan seharian dan ini akan mengubah kehidupan sendiri seperti memenuhi penambahan pendapatan,kebebasan kewangan,lebih banyak masa untuk keluarga,percutian di seluruh dunia, mempunyai perniagaan anda sendiri, membantu orang mencapai kejayaan, bertemu dengan orang baru dan mendapat rakan,peningkatan peribadi dan kesenangan apabila persaraan.

Untuk menjadi Dealer Public Gold adalah amat mudah dan tidak dikenakan apa-apa yuran atau kos-kos tersembunyi iaitu hanya perlu beli emas Public Gold sekaligus sebanyak RM30,000 dan terus mendapat kelebihan atau faedah yang banyak. Ramai diantara Dealer Public Gold menjadikan perniagaan emas public gold ini sebagai pekerjaan sepenuh masa dan mendapat pendapatan berlipat kali ganda dan ada antaranya  yang telah bergelar jutawan.

Saya ingin menyenaraikan 10 kelebihan sebagai Dealer Public Gold:

 Kelebihan 1: Rebate Untuk Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer Public Gold, TIADA yuran tertentu dikenakan. Tetapi anda hanya perlu kita membuat belian minimum bernilai RM30,000 dalam satu belian (satu invoice). Apabila anda membuat belian kedua dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebate 1%. Contoh, kalau anda membuat belian RM1,000, kita akan dapat rebate RM10. Untuk makluman anda emas Public Gold adalah murah dalam RM15 – RM20 segram berbanding harga di kedai emas lain, dan Public Gold memberikan kita rebate 1%. Tahap rebat ni bergantung kepada status dealer anda iaitu 1.5% untuk Priority Dealer dan 2,0% untuk Master Dealer. Jadi sangat menguntungkan anda kerana setiap wang anda akan jadi emas dan tiada yuran keahlian. Rebate ini membantu anda berjimat dan membolehkan anda dapat untung runcit sekiranya anda jual emas kepada rakan-rakan anda.

SIP Turkey webslide
Incentive Dealer Public Gold

Kelebihan 2 – Rebate Jual Balik

Ade tak mana-mana Syarikat jika anda jual semula barang yang anda beli, kemudian anda siap dapat rebate lagi. Setiap jualan balik, anda akan mendapat lagi rebate 0.3% atas harga jualan tersebut. Contoh:

Jika anda jual balik emas atau perak berjumlah RM10,000, anda akan mendapat RM30.00. Beli dapat rebate, jual balik pun dapat rebate. Walaupun jumlahnya kecil tapi siapa nak bagi kan.

 Kelebihan 3 – Komisyen Introduce Pembeli

Komisyen ini dibayar mengikut status dealer anda, iaitu 1%(Dealer), 1.5% (Priority Dealer) dan 2.0% (Master Dealer). Contohnya, anda adalah Dealer Publicgold dan ada orang yang anda introduce itu membeli emas/perak RM10,000.00. Public Gold akan membayar anda RM100.00 iaitu 1% daripada jumlah yang dibeli. Jika anda adalah Priority Dealer, Public Gold akan membayar anda 1.5% iaitu RM150.00 dan Master Dealer juga Public Gold akan membayar anda 2% iaitu RM200.00.

introducer pembeli
Komisyen Introduce Pembeli

Jadi secara tidak langsung anda boleh menjana pendapatan pasif hasil daripada celoteh anda di Facebook, Instagram, Whatsapps dan sebagainya. Gunakan medium ini untuk menyampaikan ilmu dan berkongsi manfaat ini bersama. Jadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold.

 Kelebihan 4 – Komisyen Overriding Dealer

Jika dealer yang kita introduce membuat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM10,000, Public Gold bayar kita sebagai introducer RM100 (1%), atau RM150 (1.5%), atau RM200 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Apabila dealer itu membuat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Contoh anda seorang Master Dealer, Public Gold akan bayar kepada anda 1% atas belian Normal Dealer (tahap 1%), 0.5% atas belian Priority Dealer (tahap 1.5%) dan 0.5% atas belian Master Dealer (tahap 2%)  . Komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga. Dan berita baik untuk anda, pendapatan anda dari Public Gold ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak anda jika anda meninggal dunia! Itu janji Public Gold dan seolah-olah pencen anda daripada Public Gold.

overiding komisyen
Komisyen Overiding

Kelebihan 5: Keuntungan Berniaga Emas Tanpa Kos Sewa Kedai

Dealer Public Gold adalah agen kepada Public Gold, dan anda diberi lesen secara tidak lagsung untuk jual beli emas Public Gold, iaitu menjadi tokey emas tanpa perlu untuk sewa kedai emas. Jadi anda sudah jimat kerana kos untuk membuka kedai dan anda hanya perlu berurusan dengan mana-mana 18 cawangan Public Gold untuk mengambil stok. Secara tidak langsung anda dapat keuntungan maksimum hasil daripada kenaikan harga emas dan komisyen daripada Public Gold.

Kelebihan 6: Kenaikkan Harga Emas Dan Penurunan Harga Emas

Dealer Public Gold mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas melalui jual beli emas (berniaga emas). Sekiranya anda jual emas ikut harga seperti harga web (tidak termasuk kos premium) anda pun sudah untung kerana setiap pembelian anda sebelum ini anda telah mendapat rebate mengikut tahap dealership anda. Dealer Public Gold dapat untung runcit sekiranya menjual emas kepada kawan-kawan dan ditambah pula 2 keuntungan iaitu keuntungan komisen dan dapat keuntungan dari kenaikkan serta penurunan harga emas.

Kelebihan 7: Tiada Kesempitan Kewangan Terutama Masa Kecemasan

Emas adalah sesuatu objek yang bernilai dan mudah untuk dijual beli berbanding pelaburan yang lain seperti hartanah, saham dan sebagainya. Sekiranya anda memerlukan wang segera, anda hanya perlu pajak di Ar Rahnu atau jual semula kepada Public Gold dan memperolehi wang anda semula. Anda juga diberikan lagi komisyen sekiranya jual balik kepada Public Gold. Dealer Public Gold jarang ada kesempitan kewangan terutama semasa kecemasan.

Kelebihan 8. Percuma Percutian ke Seluruh Negara

Semua orang di dunia ini sukakan emas dan siapa yang tidak suka akan emas. Setiap pembelian anda akan direkodkan oleh Public Gold. Sebagai penghargaan daripada Public Gold, anda akan diberikan tiket percutian secara percuma dan semuanya ditanggung.

sip-spain
Percutian ke Luar Negara -SIP Spain 2015/2016

Kelebihan 9. Kereta Idaman

Insentif kereta idaman iaitu Sales Incentive Program A Golden Ride With Public Gold adalah bonus kepada Dealer Public Gold untuk mendapat kereta idaman anda apabila memenuhi syarat tanpa tempoh waktu seperti pakej dan syarat seperti berikut:

Pakej I – Terma & Syarat:Pemohon yang memegang status Master Dealer sekurang-kurang 2 tahun dan mempunyai 30 orang Master Dealer. Pemohon perlu mempunyai minimum RM200,000.00 jualan peribadi setiap bulan. Pemohon perlu mempunyai rekod perniagaan yang baik dan mematuhi Public Gold Dealer Code of Conduct. Public Gold akan membayar RM50,000.00 sebagai bayaran pendahuluan dan seterusnya Public Gold akan membayar RM1,000.00 sebagai subsidi selama 60 bulan jika pencapai mencapai jualan peribadi bulanan sebanyak RM200,000.00 sebulan.

Pakej II Terma & Syarat:Pemohon yang memegang status Master Dealer sekurang-kurangnya 1 tahun dan mempunyai 3 orang Master Dealer dan 30 orang Priority Dealer. Pemohon perlu mempunyai minimum RM100,000.00 jualan peribadi setiap bulan. Pemohon perlu mempunyai rekod perniagaan yang baik dan mematuhi Public Gold Dealer Code of Conduct. Ganjaran Insentif: Public Gold akan membayar RM20,000.00 sebagai bayaran pendahuluan Public Gold akan membayar RM500.00 sebagai subsidi selama 60 bulan jika pencapai mencapai jualan peribadi bulanan sebanyak RM100,000.00 sebulan.

Dream Car Public Gold
Kereta Idaman (My Dream Car)

Kelebihan 10. BONUS INSENTIF JUALAN

Bonus ini adalah bonus prestasi jualan dan mendapat ganjaran tunai jika pengedar emas dapat mencapat target jualan tertentu setiap bulan. Anda akan diberikan Subsidi Pemasaran Tempatan (Marketing Tools). Terma & Syarat Pemohon perlu mempunyai minimum RM20,000.00  tiga bulan berturut-turut sebelum memohon subsidi tersebut Proaktif dan inisiatif untuk mempromosikan bisnes emas sendiri melalui pelbagai saluran media Artwork pemasaran dikehendaki diluluskan oleh pihak pengurusan Public Gold sebelum penerbitan.

Klik CARA JADI DEALER PUBLIC GOLD untuk panduan cara menjadi dealer atau pengedar emas dan perak Public Gold. Jika anda sudah menjadi pelangan atau Dealer Public Gold tanpa Introducer sebelum ini, anda boleh isi borang pertukaran Introducer di mana-mana Cawangan Public Gold berdekatan untuk bersama saya NURMASMIRA ADDENAN sebagai Introducer dan  No Kod Introducer PG00061267 bawah rangkaian www.niagaemas.com.

Inilah keistimewaan public gold yang mmberi peluang kepada semua golongan untuk berjaya dengannya.Klik CARA BELI EMAS PUBLC GOLD untuk membeli emas sedikit sekurangnya 1 dinar untuk menjadi pelanggan public gold dan seterusnya dapat menjadi dealer public gold. Dapat ganjaran daripada promosi-promosi public gold dari masa ke semasa.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.

SIP Q-bonus
Bonus daripada Public Gold – SIP Q-Bonus

Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

  • Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
  • Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
  • Peluang beli emas dengan harga diskaun 5% – 8% (susut nilai).
  • Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisyen jualan).
  • Untung simpan emas bila harga emas naik.
  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

Wallahu a’lam.

Klik di sini > SAYA NAK SIMPAN EMAS

Sila maklum saya segera selepas selesai pendaftaran melalui SMS/Whatsapp di no tel +6019-6649769 / +6019-9947769. Saya juga menyediakan Group Whatsapps untuk anda sebagai Support Group dan pelbagai perkongsian serta tips daripada saya. Selamat menyimpan emas dan selamat maju jaya.

Check Also

NAK BERJAYA DENGAN EMAS?

Nak berjaya dengan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas. Sepanjang 4 tahun …