PRINSIP PENTING MENYIMPAN WANG

Kita mestilah mempunyai prinsip penting menyimpan wang seperti mana prinsip yang diamalkan oleh orang kaya dalam menyimpan wang dan kekayaan. Saya pun amalkan prinsip ini dan memang berkesan, alhamdulillah. Antaranya adalah:

PRINSIP PENTING MENYIMPAN WANG
1. Menyimpan Wang dengan Potong 10%

Potong sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan untuk dijadikan simpanan yang dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi. Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan. Prinsip menyimpan wang sebanyak 10% boleh juga dibuat melalui potongan gaji ke akaun yang anda jarang guna atau pun dimasukan ke dalam akaun isteri.


2. Jangan Ambil Wang Yang Disimpan

Simpan di tempat yang agak “susah” untuk diambil seperti Tabung Haji, jangan sekali-kalj ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan itu tidak akan bertahan lama. Lebih baik kalau serahkan buku bank kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Apabila benar-benar terdesak baru minta buku itu.

PRINSIP PENTING MENYIMPAN WANG
3. Menyimpan Wang Simpanan Sekarang

Mulakan simpanan sekarang walaupun sedikit tidak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang penting ialah memupuk tabiat menyimpan. Dahulu saya mula menyimpan RM20.00 sebulan, potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tidak mula menyimpan, selagi itu anda tidak akan menjadi kaya.

PRINSIP PENTING MENYIMPAN WANG
4. Jangan Bertangguh Menyimpan Wang

Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik buat potongan gaji supaya duit itu dapat diselamatkan sebelum sampai ke tangan kita. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tidak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.

PRINSIP PENTING MENYIMPAN WANG

5. Dana Kecemasan Untuk Wang Simpanan

Letakan matlamat sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lebih baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan itu penting sebagaj tabungan kalau hilang pekerjaan atau hal-hal kecemasan. Kalau ada rancang hendak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti menyimpan sekurang-kurangnya setahun pendapatan sebagai menampung perbelanjaan keperluan harian sementara mendapat pendapatan lain.

PRINSIP PENTING MENYIMPAN WANG

6. Terus Melabur ke Dalam Wang Simpanan

Laburkan semula apabila mendapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, labur semula dividen itu, supaya wang berganda. Kalau dibelanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ini, tidak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

7. Ambil Takaful

Jangan jadikan takaful atau insurans sebagai tempat untuk menyimpan wang. tetapi ambil takaful betul-betul untuk melindungi dengan pampasan atau musibah seperti kematian, hilang upaya dan sebagainya. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan dan bukan simpanan. Simpanan dan takaful adalah dua instrumen yang berbeza.
.

Prinsip Penting Menyimpan Wang

Itulah serba sedikit perkongsian berkenaan prinsip penting menyimpan wang dan sama-samalah kita amalkan. Anda mestilah bijak membahagikan wang anda dan cuba janakan wang anda dengan pelaburan yang mempunyai jaminan masa hadapan. Jangan melabur wang anda ke skim-skim yang menjanjikan langit dan bulan sebaliknya adakan dahulu simpanan di atas sebagai persediaan menghadapi musibah. Kita tidak tahu, bila musibah akan melanda tetapi membuat persiapan dan beringat itu penting.

Group Whatsapps saya disediakan untuk mendapat panduan dan bimbingan dengan menghubungi no.telefon saya atau Klik  Icon di bawah:

Public Gold Support Group I

Public Gold Support Group II


pelaburan emas

 

PRIORITY DEALER PUBLIC GOLD

NAMA : NURMASMIRA BINTI ADDENAN / ZAIDI BADRI @ CAPT

PG KOD : PG00061267

TEL/WHATSAPP : +6019-6649769  / +6019-9947769

EMAIL : nurmasmira@gmail.com

 

Kredit: Z

Check Also

LANGKAH AWAL SEBELUM TERLIBAT DENGAN PUBLIC GOLD

Langkah awal sebelum terlibat dengan Public Gold merupakan langkah check list untuk anda yang perlu …