Bagaimana memilih item emas?

Sebelum kita memilih manakah item jongkong emas atau perak Public Gold yang sesuai dengan kita, saya ingin kongsikan 3 faktor utama yang perlu diambil kira iaitu:

1. Posisi kita samada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga.

  • Penyimpan tidak kisah apa bentuk emas fizikal yang mereka mahukan kerana tujuan mereka adalah untuk menyimpan emas fizikal, asal saja ada duit sebahagiannya akan ditukarkan menjadi emas fizikal. Menyimpan emas yang lebih besar lebih baik kerana nilainya lebih murah berbanding beli secara segram.
  • Pelabur pula lebih memfokuskan beli emas yang lebih besar kerana harga segramnya lebih murah dan nilai spread lebih nipis. Ini akan menjadikan emas miliknya lebih cepat menghasilkan pulangan kerana tempoh menunggu yang lebih pendek. Kebanyakan Pelabur menggunakan teknik “buy low sell high” untuk memaksimakan keuntungan.
  • Peniaga pula perlu memikirka keuntngan dan akan memilih item mana yang lebih senang dijual. Saya cadangkan item-item yang kecil seperti gold bar 0.5 gram, 1 gram, dan 1 dinar lebih senang dijual berbanding yang besar.
Penyimpan Peniaga Pelabur
Tetapkan Posisi Anda

2. Dari sudut jenis belian samada GAP atau belian biasa (NON-GAP)

Sekiranya anda bermodal kecil dan budjet kurang dari harga 1 dinar, maka elok dimulakan belian emas fizikal dengan menggunakan kaedah GAP. GAP adalah bersesuaian dengan semua 3 posisi (penyimpan, pelabur atau peniaga). Kaedah ini akan memberi lebih keselesaan kepada anda terutamanya dari aspek keselamatan dan bajet ketika membuat belian ulangan. Apabila anda ingin keluarkan fizikal, hanya perlu buat temujanji dan ambil item ada di cawangan berhampiran.

GAP atau NON GAP
Kaedah Belian GAP atau Belian Biasa (NON-GAP)

3. Dari sudut modal samada kecil atau besar.

Jika anda bermodal besar, teruslah sahaja pilih item emas yang besar. Sebaliknya jika anda bermodal kecil, boleh memilih item mengikut kesesuaian.

Antara item yang dikeluarkan oleh Public Gold adalah seperti berikut iaitu:

1. Gold bar : 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1000 gram.

Public Gold LBMA Klasik 1 gram 999.9 (24K)
Gold Bar LBMA keluaran Public Gold

2. Dinar : 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Public Gold LBMA Dinar 999.9 (24K)
DInar LBMA keluaran Public Gold

Ini adalah sedikit perkongsian daripada saya, semoga ianya bermanfaat untuk anda. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya. Untuk makluman anda juga, Public Gold tidak mengenakan sebarang bayaran seperti Yuran Keahlian untuk menjadi ahli. Anda akan dapat emas fizikal mengikut bayaran yang anda bayar. Menarik kan?

Sebarang pertanyaan boleh PM atau whatsapp saya.

Whatsapps saya +6019-6649769 / +6019-9947769 untuk saya bantu. Saya akan berikan panduan, maklumat, pertanyaan, bantuan atau mendapat saguhati. Saya juga menyediakan Group Whatsapp sebagai Support Group untuk anda dan pelbagai perkongsian dan tips akan diberikan secara percuma. Selamat menyimpan emas dan Selamat Maju Jaya. Jom kita hidupkan sunnah Nabi iaitu urusan jual beli menggunakan emas yang sememangnya matawang sebenar. Click

Saya Nak Daftar Percuma
Saya Nak Daftar Percuma
Saya Nak Daftar Percuma

I am GOLD saver, investor and trader. I will guide you how to start. Guard Your Wealth With Stable Investment through Physical Gold & Silver … ! ! !

Nurmasmira Addenan
Introducer PG KOD: PG00061267
Hp: +6019-6649769 / +6019-9947769
Public Gold Dealer

Check Also

NAK BERJAYA DENGAN EMAS?

Nak berjaya dengan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas. Sepanjang 4 tahun …