Qabad Emas

Qabad Emas maksudnya serahan Fizikal Emas kepada pembeli.

Berhati hati bab QABAD emas :

Wang kertas asalnya resit emas/perak, sekarang matawang fiat semata – mata

Apa hukum penggunaan resit emas tanpa qabad emas sebagai matawang ?

Walaupun sekeping kertas itu disandarkan kepada kekayaan sebenar seperti emas dan perak, kertas tersebut tidak boleh digunakan sebagai matawang kerana mengikut hukum Islam, hutang tidak boleh digunakan sebagai alat pertukaran. Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta, no 44 ada menyatakan, “ Yahya meriwayatkan daripada Malik bahawa dia ada mendengar bahawa resit telah diberikan kepada orang pada zaman Marwan ibn al-Hakam untuk mendapatkan barang daripada pasar di al-Jar.

Orang membeli dan menjual resit dikalangan mereka sebelum mengambil barang yang dibeli atau dijual. Zayd ibn Thabit dan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pergi menemui Marwan ibn al-Hakam dan berkata,”Marwan! Adakah kamu menghalalkan riba? Dia berkata, Aku memohon perlindungan Allah! Apa ini?, Dia berkata,”Resit ini [sukuukun] yang orang gunakan untuk jual beli sebelum menerima barangan”. Marwan telah menghantar pengawalnya untuk mengikuti mereka dan mengambil semua resit yang diedarkan dan mengembalikan resit tersebut kepada tuan masing-masing.”

Sumber : Ustaz Rafidi Hashim 

Check Also

NAK BERJAYA DENGAN EMAS?

Nak berjaya dengan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas. Sepanjang 4 tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *