SIMPANAN UNTUK DILUPAKAN : EMAS

Kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan”. Simpan dan lupa. Tidak tahu berapa amaun semasa. Tahu-tahu tabungan sudah banyak apabila kita kemaskini buku akaun atau membuat kiraan pada dua atau tida tahun berikutnya.

Simpanan untuk dilupakan

Antara masalah yang dihadapi segelintir masyarakat ialah belek-belek akaun bank. Apabila dalam kepala sudah ada berapa banyak duit dalam bank, mulalah nak beli itu dan ini. Apabila mula berduit, mulalah “gatal tangan”. Bulan ini keluarkan sedikit. Bulan depan mula keluarkan sedikit lagi. Lama-lama simpanan pun makin kurang. Setiap belanja itu, ini, baki itu, ini, semuanya ada penilaiannya.

Semuanya perlu. Dan memang tidak membazir – membeli hanya yang perlu dan hanya yang mampu. Namun kalau aliran ini tidak dapat dihentikan, jawapannya semua simpanan tidak akan ke mana. Kadang-kadang, saya fikir hendak buang sahaja buku akaun itu atau pos sahaja ke kampung. Supaya kita tidak tahu berapa amaun semasa dan menyulitkan untuk membuat pengeluaran wang.

Simpanan untuk dilupakan

Simpanan Untuk Dilupakan

Dengan cara membeli emas, saya dapat jadikan simpanan saya sebagai simpanan yang dilupakan. Saya tidak tahu berapa banyak simpanan yang saya ada. Yang saya tahu jongkong emas saya berapa keping dan dinar saya berapa keping. Beli dan lupa, sedar-sedar tak tahu sudah berapa keping.

Ada saja duit lebih saya terus beli emas. Sama ada kaedah GAP atau NON-GAP dan simpan dalam safe deposit box. Sampai haul nanti baru cek dan bayar zakat emas. Boleh juga bantu pembangunan masyarakat dan dapat rebate LHDN betul tak? Masih ada yang kurang jelas dengan zakat, jika ada? sila klik DI SINI.

Apabila saya jadikan emas sebagai simpanan, saya rasa saya tidak banyak duit. Malah tidak berfikir hendak beli itu, ini dan sebagainya sebab tak ada duit dalam buku akaun. Saya ada emas dan tunai yang cukup-cukup untuk kecemasan. Itu sahaja dan duit saya lebih bertahan lama.

Hubungi je kami untuk pencerahan…

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, Group Whatsapps saya disediakan untuk mendapat panduan dan bimbingan dengan menghubungi no.telefon saya atau Klik  Icon di bawah:

Public Gold Support Group I

pelaburan emas

 

PRIORITY DEALER PUBLIC GOLD

NAMA : NURMASMIRA BINTI ADDENAN / ZAIDI BADRI @ CAPT

PG KOD : PG00061267

TEL/WHATSAPP : +6019-6649769  / +6019-9947769

EMAIL : nurmasmira@gmail.com 

 

Kredit: Z

Check Also

LANGKAH AWAL SEBELUM TERLIBAT DENGAN PUBLIC GOLD

Langkah awal sebelum terlibat dengan Public Gold merupakan langkah check list untuk anda yang perlu …