Tidak Bayar PTPTN kena Blacklist CCRIS 2015

Jangan biarkan hutang membantutkan segala perancangan kehidupan terutamanya kepada golongan pelajar yang membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih ingkar untuk membayar balik pinjaman itu.

Tahukah anda, kesannya jika nama disenarai hitam menerusi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) ini bermakna peluang untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan akan terhalang

Mungkin kesannya tidak dirasai sekarang, tetapi apabila anda sudah berkeluarga dan menghadapi masalah kewangan lain sudah pasti perkara ini akan memburukkan lagi situasi

TIDAK BAYAR PINJAMAN PTPTN NAMA KENA BLACKLIST CCRIS 2015

Kepada peminjam PTPTN yang masih ingkar membayar hutang pinjaman itu, tindakan tegas akan dikenakan apabila mulai tahun 2015 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan mengambil tindakan lebih tegas untuk mengutip semula pinjaman

Bagi peminjam yang masih berdegil, PTPTN akan menyenaraikan nama anda dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS)
Menurut laporan, pada peringkat permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap lebih 170,000 peminjam tegar PTPTN yang langsung tidak menjelaskan pinjaman berjumlah kira-kira RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010

BAJET 2015 : REBAT DISKAUN PTPTN 20 DAN 10 PERATUS MULAI TAHUN 2015

Kerajaan turut memberi peluang apabila menerusi Bajet 2015, kerajaan mencadangkan 10 peratus rebat diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015

Manakala Diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekali gus atau lump sum mulai tarikh dicadangkan sehingga 31 Mac 2015

Jadi jangan lepaskan peluang ini, hutang walaupun tidak dituntut adalah wajib dibayar apatah lagi kalau hutang tersebut dituntut.

Jika keadaan ini masih berterusan ia sekali gus akan menjejaskan peluang para pelajar lain yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pinjaman

Check Also

NAK BERJAYA DENGAN EMAS?

Nak berjaya dengan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas. Sepanjang 4 tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *