URUSNIAGA EMAS PATUH SHARIAH : PUBLIC GOLD

Kini urusniaga emas patuh shariah Public Gold telah pun menjadi realiti. Anda boleh berurusniaga emas dan perak Public Gold dengan senyuman. Alhamdulillah. Berita baik kepada semua pembeli dan dealer Public Gold serta semua penggemar emas.

Isu-isu Urusniaga Emas Patuh Shariah

Sebelum ini, isu patuh shariah menjadi isu hangat apabila sesetengah netizen bersuara kalau urusniaga emas dengan orang itu orang inilah tak patuh shariah dan sebagainya. Jadi masing-masing nak tunjuk pandai dengan hujah masing-masing dalam urusniaga emas patuh shariah. Ada juga yang sanggup berguru dengan “Ustaz Google” ataupun berguru dengan “Ustazah Yahoo” dan kemudian terus mengIYAkan kenyataan mereka tanpa membuat kajian dahulu.

Carian di internet bukanlah rujukan yang benar-benar relevan KECUALI ianya perlu disokong oleh jurnal-jurnal atau penulisan-penulisan yang memang dipublikasikan di Universiti dan sebagainya. Sebagai contoh, orang yang buat research sama ada peringkat Doktor Falsafah, Sarjana dan sebagainya akan menggunakan kajian orang terdahulu yang telah betul-betul dikaji dan ada resultnya.

Berbanding dengan copy paste dan terus berhujah. Seeloknya kita perlulah elak daripada menyebarkan benda-benda yang tak betul ini. Jangan sekadar copy paste tetapi kita tidak memahaminya. Sangat bahaya dan besar dosanya jika kita menyebarkan kenyataan-kenyataan dusta dan palsu. Kebanyakan orang yang sekadar copy paste adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana jika artikel yang mereka copy paste itu tidak valid. “Damage have been done” dan silalah bertaubat. In sya Allah, dengan adanya beberapa sumber saya akan kongsikan kepada anda.

Individu atau golongan yang layak untuk memberikan hujah ataupun mengeluarkan sijil patuh shariah sudah tentulah mereka yang memang PAKAR dengan isu-isu shariah berkaitan dengan urusniaga emas. Sijil urusniaga emas patuh shariah bukanlah dikeluarkan oleh saya, mahupun Public Gold atau sesiapa yang berkepentingan dengan Public Gold. Panel syariah mestilah Pakar dalam bidangnya dan bebas (tidak terikat).

Sebagai contoh, ketika anda di sekolah dahulu kalau anda ingin bertanyakan soalan sains kepada cikgu bahasa Melayu, sudah tentu cikgu bahasa Melayu akan menyuruh anda tanya sendiri kepada cikgu sains. Siapakah cikgu bahasa Melayu yang ingin menjawab soalan anda tentang sains? Adakah cikgu bahasa Melayu pakar untuk menjawab soalan anda tentang sains. Dan siapakah kita untuk bercakap tentang urusniaga emas patuh shariah? Nampak tak?

Untuk memudahkan semua pihak, Public Gold telah melantik Penasihat Shariah iaitu Amanie Advisors – Global Islamic Finance Advisors yang merupakan Panel Shariah kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dengan adanya, pengiktirafan urusniaga emas patuh shariah adalah menjadi kesenangan terutama kepada umat Islam membeli emas tanpa was-was. “Peace of Mind”.

Pertama di Malaysia : Syarikat Emas Patuh Syariah

Public Gold, satu-satunya urusniaga yang diakui urusniaga emas adalah patuh shariah di Malaysia dan ianya adalah yang pertama. Ini telah disahkan oleh penasihat syariah yang dilantik oleh Public Gold iaitu Amanie Advisors – Global Islamic Finance Advisors www.amanieadvisors.com pada (dated 16/12/2016).

Urusniaga Emas Patuh Shariah
Urusniaga Emas Public Gold Patuh Syariah

Sijil pengiktirafan urusniaga emas patuh shariah telah dikeluarkan bagi mengesahkan perkara ini (tengok gambar atas). Untuk pengetahuan anda, Amanie Advisors diketuai oleh seorang pakar dalam bidang shariah iaitu Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Urusniaga Emas Patuh Shariah
Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sijil pengiktirafan urusniaga emas patuh shariah bukanlah seperti mendapatkan lesen berniaga yang hanya makan masa dalam 1-2 jam terus siap. Banyak aspek dan prosedur yang perlu dilalui oleh Public Gold sebelum mendapatkan sijil pengiktirafan ini. Semasa saya menghadiri Seminar AAOIFI & WGC International Shariah Standard on Gold: A Walkthrough, pihak Amanie Advisor selaku panel syariah menyatakan antara aspek yang diperhalusi antaranya adalah sistem yang digunakan untuk urusan jual beli emas.

Emas adalah salah satu barang ribawi dan apabila ianya barang ribawi maka perlulah satu kaedah yang menyenangkan untuk orang ramai berurusniaga. Shariah tidak menghadkan kita untuk berurusniaga. Shariah sebaliknya membantu kita berurusniaga disamping kita boleh sedar siapakah kita sebenarnya; hamba kepada Tuhan yang Maha Esa; Allah SWT.

Riba ini diterangkan melalui hadis-hadis antaranya hadis dari Ubadah b Samit berikut:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Urusniaga Emas Patuh Shariah

 

Kenapa Perlu Pengiktirafan Urusniaga Emas Patuh Shariah?

Apabila kerap disarankan sesuatu pelaburan agar punyai penasihat Shariah. seorang berkata :

“Habis tak kan nak beli nasi lemak tepi jalan pun nak Majlis Penasihat Shariah?” Tempelak seorang pemuda berumur 45 tahun menampakkan tidakpuas hatinya kepada semua peserta di dewan yang luas itu.

“Benda yang direct dan gunakan simple transaction, hanya bayar duit dan kemudian terus ambil barang maka tamatlah urusan jual beli, macam beli nasi lemak atau beli apa-apa barangan harian di pasaraya, sudah tentu ia tidak memerlukan penasihat Shariah khusus. Yang memerlukannya adalah semua jenis transaksi yang rumit, berbelit serta kompleks, seperti skim pelaburan, bisnes, juga seperti MLM, bonus sana, komisyen sini, syarat sana syarat sini, perjanjian sana perjanjian sini, inilah yang perlukan pakar Shariah mengesahkan. Ini penting mengelak riba dan syubhat” Jawab saya.

Khalifah umar pernah berkata :
تركنا تسعة أعشار الحلال مخافة الربا
Ertinya : “Telah kami tinggalkan 9/10 dari perkara halal kerana takutkan riba” ( Musannaf Ibn Abi Syaibah, 6/464 ; Al-Baihaqi, 6/225; Al-Muhalla, Ibn Hazm, 8/477 )

Sumber : Dr Dzaharudin (22 Jan 2017)

Urusniaga Emas Patuh Shariah

Saya berharap, dengan adanya pengiktirafan sijil patuh shariah ini, semua pembeli emas dan perak dari Public Gold akan berasa yakin untuk berurusan dengan Public Gold. Anda boleh membeli emas dengan tanpa was-was kerana urusniaga emas Public Gold adalah patuh shariah. Tahniah kepada Dato’ Wira Louis Ng, Founder of Public Gold diatas usaha besar ini. Alhamdulillah! Semoga diberkati Allah SWT. Jom kita hidupkan sunnah Nabi iaitu urusan jual beli menggunakan emas yang sememangnya matawang sebenar.

I am GOLD saver, investor and trader. I will guide you how to start. Guard Your Wealth With Stable Investment through Physical Gold & Silver … ! ! !

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, Group Whatsapps saya disediakan untuk mendapat panduan dan bimbingan dengan menghubungi no.telefon saya atau Klik  Icon di bawah:

Public Gold Support Group I

pelaburan emas

 

PRIORITY DEALER PUBLIC GOLD

NAMA : NURMASMIRA BINTI ADDENAN / ZAIDI BADRI @ CAPT

PG KOD : PG00061267

TEL/WHATSAPP : +6019-6649769  / +6019-9947769

EMAIL : nurmasmira@gmail.com

Check Also

NAK BERJAYA DENGAN EMAS?

Nak berjaya dengan emas, anda perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas. Sepanjang 4 tahun …